Tuesday 28 May 2013

Soal selidik pembaca

Mohon kerjasama pembaca untuk mengisi borang soal selidik bagi membantu saya membuat penambahbaikan dalam blog saya

Sila Klik Di Sini










Friday 22 March 2013

SPM 2012

debaran menunggu keputusan SPM 2012


pengumuman bagi pelajar terbaik 
Tahniah Anis Solehah, pelajar terbaik SPM 2012 SMA Rantau

Tiada yang lebih menggembirakan melihat kejayaan anak-anak harapan negara. "Terima kasih Cikgu", walaupun ringkas tetapi kata-kata ini sungguh menyentuh hati saya. Pada mulanya ingin saya tabahkan hati tanpa menitiskan airmata tapi mana mungkin sebagai seorang guru tiada perasaan sebak di hati ini. Doa saya, jadilah insan yang cemerlang, dekat dengan Allah. 



"jika ditakdirkan dirimu menjadi bintang,jadilah bintang yang terbaik di langit malam,jika di takdirkan menjadi bulan,jadilah bulan yang paling cerah dalam hidup,jika ditakdirkan menjadi rumput di padang ragut,jadilah rumput yang terbaik di muka bumi."



Tuesday 19 March 2013

Senarai Semak Elemen 1 & 2 Kerja Kursus Sejarah


Senarai semak bagi elemen 1. Pastikan pelajar mendokumentasikan 4 sumber dengan tepat bagi mendapat markah penuh.   Seperti yang cikgu maklumkan dalam kelas tadi, pastikan orang sumber disertai dengan transkrip perbualan. Jadi para pelajar bolehlah berbincang dengan ahli kumpulan apa yang akan ditanya nanti dalam perbualan dengan orang sumber. 


Senarai semak bagi elemen 2. Pastikan dalam tugasan pelajar menyiapkan sembilan perkara yang terdapat dalam senarai semak. Ikut turutan yer.

Thursday 14 March 2013

Kegiatan Ekonomi Tradisional di Malaysia (Kerja Kursus Sejarah)




  •        Bercucuk tanam
  •        Berniaga
  •        Menternak binatang
  •        Menangkap ikan
  •        Memungut hasil hutan

Wednesday 13 March 2013

Pertandingan Pantun Daerah Seremban 2



 
Walaupun kekangan masa,  semangat yang ada tak pernah luntur. Kalian  anak-anak bangsa pewaris negara. InsyaAllah tahun hadapan berjuang lagi.

Kuning berkilau cincin suasa,
Cantik dijari indahnya perhiasan,
Pantun melayu warisan bangsa,
Kalian harapan  penjunjung warisan.



Arfa tekun menantikan soalan


Kusyuk mendengar taklimat

Pertandingan Pantun Daerah Seremban 2

Wednesday 27 February 2013

Perkemahan Unit Beruniform (Perempuan) Daerah Seremban 2







Tahniah cikgu ucapkan kepada semua peserta Perkhemahan Unit Beruniform Daerah Seremban 2 yang berlangsung di SMK Seri Sendayan. Walaupun tidak berjaya mendapat tiga tempat teratas dalam pertandingan yang disertai, namun semangat berpasukan kalian mampu mengatasi segala rintangan.

SYABAS!














Monday 25 February 2013

Kekejaman Parti Komunis Malaya (PKM)

Setelah kekalahan Jepun. Parti komunis Malaya (PKM) telah mengambil kesempatan menguasai Tanah Melayu.

Penduduk Tanah Melayu mengalami kesengsaraan yang amat mendalam walaupun hanya 14 hari pemerintahan PKM.

Semoga video dibawah dapat memberi gambaran yang lebih jelas perbuatan tidak berperikemanusiaan yang telah dilakukan oleh PKM.




Pameran Keris Mistik dan Kesaktian

Sewaktu lalu di bandar Seremban tadi, cikgu terpandang papan tanda Pameran Keris Mistik dan Kesaktian di hadapan Teratak Perpatih Muzium Negeri, Negeri Sembilan.


Keris merupakan warisan melayu yang digunakan sejak zaman dahulu lagu sebagai alat mempertahankan diri. Sebenarnya pemeran ini telah berlangsung sejak November 2012. Jom kita saksikan sebelum pameran ini tamat.

Monday 18 February 2013

Bagaimana menghafal fakta sejarah?





Ramai pelajar yang bertemu cikgu dan memberitahu mereka sering lupa fakta sejarah yang telah dibaca. Jika ingin menghafal fakta sejarah, pastikan anda faham apa yang anda baca. Kebanyakan pelajar sukar menghafal disebabkan tidak minat atau terpaksa menghafal. Bagi cikgu, tak kenal maka tak cinta. Jika kita suka perkara yang kita baca, maka ianya akan menjadi mudah untuk menghafal. Kita juga tidak sabar untuk mengetahui perkara yang akan berlaku seterusnya. Sikap ingin tahu harus ada dalam diri setiap pelajar. Tetapkan dalam minda kita bahawa sejarah itu sesuatu yang mudah. Insyaallah ianya akan menjadi mudah. Waktu yang sesuai untuk anda menghafal ialah pada waktu tenang. Contohnya selepas bangun tidur waktu pagi, ketika berehat di ruang tamu mahupun semasa beristirahat di taman. Cikgu galakkan pelajar untuk memahami dengan lebih berkesan fakta sejarah yang dipelajari, bacalah nota sepintas lalu setiap topik dalam buku teks. Seterusnya buat nota ringkas atau peta minda. Baca nota ringkas anda dan hafal. Jangan lupa membuat latihan soalan objektif terutamanya koleksi soalan tahun-tahun lepas. Selalulah berjumpa dengan cikgu berbincang topik yang sukar difahami. Ingat pelajar sekalian, usaha tangga kejayaan. YANG BULAT TAK DATANG BERGOLEK, YANG PIPIH TAK DATANG MELAYANG...


Sunday 17 February 2013

Kerja Kursus Sejarah PMR 2013

Alhamdulillah...Post cikgu yang pertama ialah Kerja Kursus Sejarah PMR 2013. Harap para pelajar dapat meneliti dan memahami dengan baik. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh segera berjumpa cikgu.


Kerja Kursus Sejarah PMR 2013.....klik disini

Tuesday 29 January 2013

Sejarah

Salam perkenalan buat pembaca blog ini....

JATIDIRIMALAYSIA.BLOGSPOT.COM