Monday 18 February 2013

Bagaimana menghafal fakta sejarah?





Ramai pelajar yang bertemu cikgu dan memberitahu mereka sering lupa fakta sejarah yang telah dibaca. Jika ingin menghafal fakta sejarah, pastikan anda faham apa yang anda baca. Kebanyakan pelajar sukar menghafal disebabkan tidak minat atau terpaksa menghafal. Bagi cikgu, tak kenal maka tak cinta. Jika kita suka perkara yang kita baca, maka ianya akan menjadi mudah untuk menghafal. Kita juga tidak sabar untuk mengetahui perkara yang akan berlaku seterusnya. Sikap ingin tahu harus ada dalam diri setiap pelajar. Tetapkan dalam minda kita bahawa sejarah itu sesuatu yang mudah. Insyaallah ianya akan menjadi mudah. Waktu yang sesuai untuk anda menghafal ialah pada waktu tenang. Contohnya selepas bangun tidur waktu pagi, ketika berehat di ruang tamu mahupun semasa beristirahat di taman. Cikgu galakkan pelajar untuk memahami dengan lebih berkesan fakta sejarah yang dipelajari, bacalah nota sepintas lalu setiap topik dalam buku teks. Seterusnya buat nota ringkas atau peta minda. Baca nota ringkas anda dan hafal. Jangan lupa membuat latihan soalan objektif terutamanya koleksi soalan tahun-tahun lepas. Selalulah berjumpa dengan cikgu berbincang topik yang sukar difahami. Ingat pelajar sekalian, usaha tangga kejayaan. YANG BULAT TAK DATANG BERGOLEK, YANG PIPIH TAK DATANG MELAYANG...


2 comments:

  1. syabas cikgu aziyan ! maklumat yang berguna :)

    ReplyDelete
  2. Syabas cikgu aziyan. Diharap maklumat yang cikgu berikan dapat membantu pelajar. Keep it up!

    ReplyDelete